Sekolah Kebangsaan Sungai Pas
terletak dua puluh lima kolimeter dari Bandar
Kuala Krai. Merupakan salah
sebuah sekolah yang tertua di daerah ini yang terletak di Jalan Batu Balai ke
Kampung Sungai Sok. Sekolah mula dibuka
kira-kira pada tahun 1968 oleh penduduk tempatan dengan nama Sekolah
Rakyat Sungai Pas. Pada awal penubuhannya, dua orang guru telah ditugaskan
untuk menjadi pendidik iaitu Zakaria b Ishak ( Bekas Imam Tua Masjid Sungai
Pas) dan Wan Ismail b Wan Nawang (Bekas Bilal Masjid
Sungai Pas). Namun pada tahun 1973, Pejabat Pelajaran Kelantan telah mengambil alih
sekolah ini dan telah dijadikan sekolah bantuan
penuh kerajaan di bawah cawangan SK Batu Mengkebang. Seramai 5 orang guru
terlatih telah dihantar berkhidmat di sini.
Awal tahun 1978, sekolah ini telah mengalami
perubahan setelah mendapat bantuan Projek Bank Dunia. Sebuah bangunan batu 2
tingkat telah dibina bersama sebuah kantin serta rumah guru.
Kini, sekolah ini telah mengalami perubahan
lagi setelah kerajaan membina bangunan baru 2 blok 4 tingkat untuk menampung
pertambahan bilangan murid di sekolah ini. Sementara itu bangunan lama
dijadikan asrama desa untuk kemudahan murid yang tinggal jauh dari sekolah.
No comments:
Post a Comment